Oktober 12, 2009

Aleyaaa, tak baik tau..

Abah aleya menulis,
aleya dah pun 9 bulan...
terasa banyak sangat benda yg trlepas,
trlepas vdo aleya first merangkak,
trlepas vdo aleya first panggil abah,
(Sebenarnya dia tak panggil abah.. dia cuma buleh sebut 'abbaah'
n somehow by that sorang laki yg tua tu menoleh kearahnya)
so mana mana yg ada, abah aleya nak taruk jer lah kat sini,
utk AyahWa yg kat sabah nu nengok :D
Gunakan realplayer versi terbaru, dan anda boleh mendaunlod
vdo kat u tiub atau mana mana tpt lain dlm format FLV. :)


tajuk vdo ni adalah AleyaMlwn,
bukan melawan kan aleya kan..
aleya baik kan..
ini cuma interaksi jer kan :D
heheheh (Sangka baik)

Oktober 07, 2009

A Quick Update

Yes, yes.. seperti yg tertulis dibawah,
abah aleya memang malas...
tp actually tak la malas.. tp more to tak sempat,
so jangan la marah yer aleya.

Gambar sikit sikit,
aleya dah ada gigi, kena pulun bagi dia stress just to let her open up and say 'waaarrhhh!!!'
so that this photo of her first tooth is available. Dah tu camne lg kan? senyum? buleh!!!
tp dia mesti jd muka serious bila nampak camera.


Aleya dah buleh duduk dah, so basically buleh la abah n ibu aleya nak gi makan kat nando's bawak aleya skali. just need to keep the fork and spoon away from her ofcourse.

Aleya juga dah buleh melambai,
so dia akan lambai kalau ada org yg lambai ngan satu cara tu kat dia,
mak tuk lambai dia bebaru ni and fascinated with her 'lambai'ing...
of course u cant get her to lambai again then after.

September 11, 2009

AbahAleya yang ...

...Pemalas!!!
betul!! betul!! memang dia pemalas,
kenapa? sebab dia langsung tak nak
update blog aleya, hoh!!

actually abah aleya tak der wit nak bayor
bil TM Net lah!! bukan malas yer,
nak wat camner.. tgh tgh nak puaser nih,
net ter'off' plak... salah abah aleya ker?
salah salah...

skali bil nyer mencecah 508 hinggit,
kan ker susah nak bayor dah...

much have happen.
will put in lots and lots of pic.
to fill in the three month of silence.

sorry ya sang pencinta sekalian...
pas ni buleh trus kan membayar bulanan kot :)

Jun 21, 2009

Adiah dr uncle Nasir


Bebaru ni Uncle nasir datang
umah, dia adiahkan aleya
something for aleya to hug.
Sebelum benda tu lasam...
abah aleya amik dulu
tangkap gambo.. memoga
bila aleya dah besor nanti
dia tahu dari sapa adiah ni
dia dpt.

Thanks uncle Nasir and
Auntie Azah:D

Jun 16, 2009

Abah Pegi lagiii..

Abah Aleya Menulis,
Abah aleya kebelakangan ni dah mula bleh keluar negara lagi.
tak la luar negara tu mcm france ker zimbabwe ker, tak pun
mana mana lagi negara negara bersalji, tp negara negara
berdekatan jeerr...
so pasal abah duk sibuk ngan nak gi keluar tu,
abah aleya tak update lagi..
abah aleya tak tido kat umah lagi...
boring boring...

comp abah aleya terbakar bebaru ni,
nak menukar segala gala yg ada dlm tu mahu 600 jgak makan.
alahaaaiii...
(So itulah alasan knapa abah aleya tak menaip sangat kebelakangan nii)

so kamis ni abah aley ke johor plak...
tak apdet lagiii...
sori yek aleya...

bila la ibu aleya plak nak menulis niiii!!? :)

Mei 23, 2009

SomeTalkMore...

...SomeTalkLess,
Sang Pencinta sekalian tahu tak iklan meksis
ker, hotling ker tp bukan selkom.
Tp iklan talipon la kiranya yg ada nampak
satu budak ni duk belakon dlm play dimana
dia jd warrior kot, duk pulun tarik pedang n
berskrip sesorang tu.
'Some Talk More' tertulis kat skrin,
(Well tak la betul betul tulih gitu, lebih kurang lah)
dan kamera tu trus ke belakang hero tadi
sikit ke budak yg duk snyum dalam pokok.
Basically watak dia adalah 'pokok' lah kan...
'Some talk Less' plak tertulis kat situ,

heheh, budak yg jadi pokok tu amat lah comel
ngan matanya nya yg menjeling itu.

terpikir plak...
if ever in the future, my AleyaSofea would run up to me and say...
'abah abah!! cikgu suruh Aleya belakon dalam drama kat skolah!!'
running to me with her bag and water canteen dropping
here and there like nobody care.
'yer ker!!? good girl!! tajuk apa sayang?'
being a good father would definitely ask the title right?
hoping it is not 'pretty lady', 'titanic' or 'transformers'
'HangTuah!!' proudly announcing it like she won something.
'waaahhh!! and u are?' praying to god the answer would be
tun teja or atleast siput serawak.
'Pokok!!'

heheheheh,
dah tu takkan nak suruh dia gi tukar kot!!
'err cikgu, saya nak mintak anak saya tak pegang watak pokok buleh tak?'
dan camana plak ngan...
'Wan, u tgk anak i tu, tu haa farid jd hang lekiu, bj biru tu'
kata office mate abah aleya yang bz pegang viewcam dia
taking every moment of the play. 'Aleya maner?' being polite,
so that the next ayat from him would be
'I amik gambo dia jgak yer ...'


'tuu yang belakang sana nu tgh jadi pokok tu'
hek enneeeeee... kesiaaan pokok.

Aleya, kalau setakat dapat jd pokok,
jadi lah pokok yang bergoyang dan ada skrip
menyesatkan hangtuah dari sampai kat
Puteri Gunung Ledang itu.
huhuuuuu

Mei 19, 2009

Scratches!!!



AbahAleyaMenulis:

Minggu lepas kan aleya demam.
maktuk n mama dtg ke penang utk jaga aleya,
teramat la terharunya,
ari kamis lepas somehow terlupa plak nak
potong kuku aleya.
Oh!! lupa dah la!! (Actually duk risaukan demam dia sampai lupa kuku)
and because of that, idung aleya cayang ada hiasan baru.
ollooooo.. sorry yek sayang.
abah n ibu lupa laaa!!!

Mei 17, 2009

BulanKelima

ari ni aleya dah genap lima bulan,
well kalau nak kira ngan tepatnya,
menjelang kul 4 petang ari ahad 17May ni,
cukuplah 5 bulan aleya bernapas ngan idung sndiri.

Demam aleya dah baik.
Rashes tu pun dah kuar abih dah.
Maktok n Mama suruh lumurkan ngan bedak sejuk yg
campur ngan daun bunga melur, daaah ijau abih satu
badan. Tp tak per, utk kebaikan aleya jgak.
ijau pun ijau lah.

Mama didnt take this lightly,
dia naik bas pada petang slasa lepas (Ari ni ahad)
ke penang utk tgk aleya, maktuk pun kami culik
dari kampung, dan maktuk stay sampai la aleya
baik. makasih mama n maktuk.

so sekarang ni aleya dah lima bulan.
aleya dah boleh :
-mencapai benda yang dilihat.
Walaupun masih lagi peringkat meraba.
tp in the end dia akan buleh jgak grab the target.

-meniarap dan mengundur. orang pangil apa ntah..
undur udang ker apa ntah... next will be merangkak:)
Ker duduk dulu?

-Bila panggil aleya. dia tak anggap lagi bunyi itu nama dia.
kekadang dia menoleh, kekadang buat deeekk jer.

-dia dah buleh rasa geli dan relate kan perasaan itu
ngan senyuman dan gelak tawa. selama ni dia geli la kot,
tp dia tak bg apa apa expression pun.
'ok geli..tp nak wat apa ngan kegelian ni?'

-pantang letak!! mesti dia nak berguling.
dah itu jer yg dia pandai setakat ni,
dia buuuaaat jer ...

-tukar ke susu anmum, 'output' aleya tak ijau kelabu lg,
harapnya susu ni stay membesarkan aleya sihat bagai johan.

So!!
akan menulis lagi untuk dijadikan catatan utk aleya.
memoga bila aleya besar nanti dan buleh baca.
dia kan tahu betapa abah n ibu aleya sayangkan aleya.

PS: Zafirah, sepupunya aleya juga demam campak...
keciiiaaaannnnnn..

Mei 12, 2009

DemamRindu?


AbahAleyaMenulis:
Kena post kan dulu karangan abahaleya
yang lepas tu, Wesak Day Yg Lalu untuk nak bagi karangan hari ni buleh dipahami.
Temperature aleya fluctuate!!
which makes it worse, since i dont
really know what may have causing them.
DUk jerlum jer memalam dan juga duk pelekat KoolFiver tu. ALeya merengek macam biasa, dan abah aleya tak gi keja ari ni.
humm hummmmm..

gi tanya Dr kat SungaiPtani tu, dia ada teori dia sndiri.
Roseola Infantum atau dalam yang abah aleya paham...
Demam Campak tapi sipi sipi jer punyer demam campak

Since Aleya demam campak, bawak la balik tunjuk kat Maktuk.
Kot kot la dia tau apa apa yg kita orang muda ni tak tau,
(Mandi daun sekentut ker, lumur rambut ngan santan n tibai
ke pokok pinang, tp tu utk nak bagi rambut lawa. Tak der kena mengena)

bila sampai nyer kat kampung, mcm biasa maktu menerpa ke Aleya.
n aleya yg cranky the whole morning seems healed.
starting to laugh and smiling all the way. Till now even (Its getting dark already)
She's in her good mood and kept on talking.
Buuu buuuuu, ga gaaaaaa!!! buuuu buuuuuu gaaaaa!!!
Hek enneeeee...
demam rindu?

Then titisan merah ni aper? Bonus?>Edited< tak sempat nak taruk gambo^^ heheheh,
No wonder BabahMummy tak paham(_ _;

Wesak Day Yg Lalu


AbahAleyaMenulis:
Minggu hari wesak aleya balik kampung,
maktuk rindu kat dia.
Maktuk disini bukan mak nyer abah aleya,
but tok nyer abah aleya.`
Maktok ada dua cicit sekarang,
aleya n zafirah (Anaknyer ayahWa)

masa mula mula aleya sampai rumah maktuk,
AbahAleya gi salam ngan maktuk,
maktuk bergegas macam nak salam seterusnya,
IbuAleya pun sama... tp bila datang kat cicit dia.
dia punya la dukung, punya la peluk cium,
sampai nangis aleya.
Tak salahkan aleya, dia jarang nampak maktuk.
sesekali nampak dia rasa janggal la kot.
selop la jgak dia nangis.

lpas tu bila aleya dah ok, kami aproach sikit sikit.
mula ngan maktuk duk pegang tangan aleya sikit sikit
then maktuk cuba riba dia, tapi masa ni abah aleya
kena duk dekat menemani dia,
kalau tak mesti aleya meraung lagi.
Ibu aleya pun rapat jgak... duk layan dia.

Then bila dah lama sikit, aleya buleh la baring
lama lama atas 'Pangkin rotan' tu.
(Pangkin rotan here is referring to maktuk yg dah kurang isi dah tu),
Somehow aleya dah tak takut sangat ngan maktuk lagi.

Petang tu abah aleya gi makan knduri kat kulim.
perjalanan agak jauh dari GuarChempdak.
tapi aleya tidor jer so tak la kisah sangat.
Masa balik tu aleya duk ngan maktuk,
dari sungai petani selatan sampai la Guar, hheheh,
maktuk punya la happy. 'Cicit dia baik' katanya
sesekali aleya menjenguk ke luar tingkap.
macam nak tengok keter,
dan maktuk pun angkat la sikit aleya tu,

kat umah,,
'awaaat, cicit nek sejuk?' ngan suara mcm budak2.
aleya senyum..
'tu la pak hang, bukan nya nak amik kesah anak dia ni!!,
maih sini kat nek naa.. aku nak pi semayang pun tak lagi nii'
mix intonation between scolding AbahAleya and the childish tone
to entertain her cicit.
'hang senyum la kat aku lagi, habih la aku tak leh nak pi semayang,
jom lah!! aku tak buleh layan hang dah lah!!'now irritated with the
fact that aleya's charm is stopping her from going anywhere.

Half an hour later

'aku tak pi semayang lagiiii... duk ngan hang lagi la cicit ooiii'
kata maktuk duk main ngan aleya yang dok baring jer tuu.

We left guar later on the next day with maktuk half crying.
well she was not crying, but her eyes was watery....
Maktuk, aleya pun sayang maktuk jugak.

Mei 10, 2009

Fourth Month Fever

Aleya demam plak,
kesian sangat kat dia,
semalam dia tak leh tido,
duk bunyik bunyik sambil 'so call lelap' dia tu.
Bunyik macam orang yg bernafas heavily,
'hunn' tinggi sikit bunyi masa tarik napas.
''huuuuummmm' rendah dan panjang sikit masa lepas napas..
abah aleya tak tau nak wat apa...
cuma duk cuba 'jerlum'(?)dia jer...
(Jerlum: aktiviti menurunkan suhu ngan menggunakan tuala basah)

semalam dah gi dah Dr Rasheadi kat BiEm sana,
tp somehow cam tak der kesan pun ubat dia...
ingat nak gi DrHarcharan kat SUngai Petani plak...
memoga dr pakar kanak kanak tu bleh bagi pendapat yg lebih baik.

Aleya cepat cepat baik yaa...
Entah kenapa aleya tetap senyum bila abah aleya ucap...
'anyonn se yooooo'

April 29, 2009

SusuAleya


Aleya ada masaalah tak leh nak berak
(Stret fowed nye abah aleya menulis)
so sbulan jgak Abah n Ibu aleya kena
injek kan minyak tu masuk dlm 'Exit'
aleya, cian dia.. memula dia sakit jgak...
then dia ok, lagi dia ok, lg tak bagus...
pasal in the end aleya mengharap minyak
tu utk nak 'output'

So Abah n Ibu tanya la kat DrHarcharan SungaiPtani
tu n dia syorkan susu ni, katanya bg
la makan sebulan dua, nanti dia akan
boleh la nak output sndiri.
Umph!! memang aleya dah bleh nak output
sndiri, tp dia jadi kaler ijau la plak!!
memang normal ker kaler ijau tu?
Takuuuutttt!!

amat amat merisaukan abah n ibu aleya skrg.
Yg tercinta anda skalian tak der masaalah tak leh nak 'output' ker?
camana korang atasi nyer?

April 26, 2009

Akhirnya...

...Abah Aleya dah pandai taruk VDO!!!
heheheh
so lepas ni buleh la taruk banyak lg vdo:)
anyway, ini vdo Aleya berjaya meniarap,
percubaan dia yg lain berakhir ngan jeritan
mintak tolong..tangan dia terkepit bawah
tulang rusuk sndiri:)

gambareeee aleyaaa!!
caiyok!caiyok! m(^.^)


tp lpas tu muntaaah, br sangat minum susu koot.

April 25, 2009

Hospital melawat tokCu

Abah Aleya menulis,
bebaru ni gi melawat acu yg xciden,
kami bertolak dari penang pada 510pm.
sampai ipoh pada 630PM
Laju? tak lah biasa biasa jer...
tp buleh la masuk tgk acu by 645pm.
entah kenapa bila masuk jer wad tu,
aleya meragam...
dia tak senang... tak mau duduk,
memula ingatkan dia nak gi mendekati
nurse nurse yg comel comel tu.
dan memang dia diam kejap, tp....
lpas tu dia merengek sama sajer...

Then ada la satu nurse yg nampak veteran
sikit ni, datang kata kat abah aleya
'Abang, kat sini ramai sangat orang mati...
bawak la baby tu kebawah, kesian kat dia
takut..'

woh!!
aleya takut ker? nampak apa sayang?
humm hummmmmm

next time gi spital tak nak dah lah
bawak aleya masuk. not during maghrib.
not till u've grown up a little.

April 15, 2009

Bosan nyer baring... peluh belakang!!

Aleya sekarang ni tgh nak belajar meniarap.
kaki dah kuat dah sikit... dah boleh menolak.
kepala pun dah boleh angkat dah.. kekadang
rase penat tu, pakai hempas jer kat tilam.
nasib baik la tilam lembut. kalau tak berderemen
jgak la dahi aleya.

Tp somehow aleya tak tau nak wat camner
ngan tangan aleya. kalau pusing ke kanan...
aleya tak tau camana nak kuarkan tangan kanan la,
duk terkapit antara badan ngan tilam.

Kena belajar menolak ngan lutut dulu kot. camana yek?
Untuk ibu ibu sekalian, camana 'yang tercinta' anda
anda belajar meniarap?

April 12, 2009

Huwaaaa!!

Aleya balik kampung jumaat,
jumpa maktuk, jumpa tok ngah ngan tok teh,
tok ngah nak buat masak nasi n makan reramai...
tp aleya tak leh la nak makan skali, abah n ibu jer
la yg dok makan, aleya tgk jer dari tpi baik baik:)

balik dr umah tok ngah dah malam... apa la abah!!
aleya tak tau apa yg sengat aleya kat kepala,
tp sakit sangat... dah jadi merah dah, kat tangan
pun ada...








Tebuan inikah?
Semut inikah?

ibu dah taruk minyak gamat, amat lah busuk n tak tahan...
abah la yg tak tahan.. aleya ok jer ...

tp kalau kena gigit penyengat, atau semut, atau nyamuk...
nak taruk apo yer?
-ada teori taruk taik idong... haa yg ni kena mintak kat abah-

April 09, 2009

Masih lagi baru



Hari ni abah aleya masih lagi menggodek
godek HTML kat sini, ditaruk nya gambar
Aleya banyak banyak sebagai penghias
BackGround,
rasa semak pun ada..
rasa lawa pun ada...
masih banyak lagu yg perlu dibuat,
Header belum design kata abah.

Ibu plak tido dah,
lepas makan ada penyakit
yang menyerang perut katanya...
penyakit kenyang...
'apa ubatnya?'
'tido!' kata ibu aleya pendek..
hoh!!!

April 07, 2009

Satuuuuu... Duaaaaa.... Tigaaaaa....

...Mulaaaaaaa
Kita mulakan ngan gambar gambar utk post layout,
abah aleya suka buat gambar sndiri.
bangga la tuh!!